Basic Microsoft Words & Advokasi KDB

6 November 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta. Kesemua mereka terdiri daripada 4 orang dewasa daripada rumah Mawing Machan. Kelas ini telah diadakan pada jam 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Pada kelas hari ini peserta telah diajar membuat minit mesyuarat dengan menggunakan Microsoft Office Words. Peserta menjelaskan bahawa mereka lebih memahami keperluan menyediakan minit mesyuarat.

Setelah tamat kelas Microsoft Office, peserta telah mengikuti kelas advokasi KDB yang bertajuk Pengawasan Ibu Bapa Di Internet. Advokasi ini memberi bimbingan mengenai tingkah laku siber baik yang apabila kanak-kanak mula menggunakan Internet, mengambil tahu mengenai isu-isu semasa serta belajar dan sentiasa kemas kini ilmu pengetahuan mengenai trend terkini teknologi Internet, platform media sosial, dan ciri-ciri keselamatan mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali